Teori kerelatifan

Unjuran dua dimensi sebagai analogi dengan kelengkungan ruang-masa tiga dimensi yang diperikan dalam kerelatifan am

Teori kerelatifan, ataupun sekadar kerelatifan dalam ilmu fizik, lazimnya mencakupi dua teori oleh Albert Einstein, iaitu kerelatifan khas dan kerelatifan am.[1] (Istilah kerelatifan juga boleh digunakan dalam konteks suatu teori yang lebih lama, iaitu ketakberubahan Galileo.)

Antara konsep-konsep yang diperkenalkan oleh teori-teori kerelatifan adalah:

  • Sukatan pelbagai kuantiti adalah relatif dengan halaju pemerhati. Khususnya, ruang dan masa boleh mengembang.
  • Ruang masa: ruang dan masa haruslah dianggap sebagai bersama-sama dan saling relatif.
  • Apapun, kelajuan cahaya tetap tidak berubah, iaitu sama bagi semua pemerhati.

Istilah "teori kerelatifan" adalah berasaskan ungkapan "teori relatif" (Jerman: Relativtheorie) yang digunakan oleh Max Planck pada tahun 1906, yang menekankan bagaimana teori itu menggunakan prinsip kerelatifan. Dalam ruangan perbincangan dalam naskhah yang sama, Alfred Bucherer buat julung kalinya menggunakan ungkapan "teori kerelatifan" (Jerman: Relativitätstheorie).[2][3]

  1. ^ Einstein A. (1916 (translation 1920)), Relativity: The Special and General Theory , New York: H. Holt and Company Check date values in: |year= (bantuan)
  2. ^ Planck, Max (1906), "Die Kaufmannschen Messungen der Ablenkbarkeit der β-Strahlen in ihrer Bedeutung für die Dynamik der Elektronen (The Measurements of Kaufmann on the Deflectability of β-Rays in their Importance for the Dynamics of the Electrons)", Physikalische Zeitschrift, 7: 753–761
  3. ^ Miller, Arthur I. (1981), Albert Einstein's special theory of relativity. Emergence (1905) and early interpretation (1905–1911), Reading: Addison–Wesley, ISBN 0-201-04679-2

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy