Terusan Besar China

Fail:Kaiserkanal01.jpg
Terusan Besar China di Suzhou

Terusan Besar China (Cina ringkas: 大运河Cina tradisional: 大運河pinyin: Dà Yùnhé), juga dikenali sebagai Terusan Besar Beijing-Hangzhou (Cina ringkas: 京杭大运河Cina tradisional: 京杭大運河pinyin: Jīng Háng Dà Yùnhé) adalah terusan atau sungai buatan terpanjang di dunia.[1] Bermula di Beijing, ia melalui Tianjin dan wilayah Hebei, Shandong, Jiangsu dan Zhejiang ke kota Hangzhou. Bahagian tertua terusan ini bermula pada kurun ke-5 SM, walaubagaimanapun pelbagai bahagian akhirnya digabungkan semasa Dinasti Sui (581–618 AD).

Laluan Terusan Besar China

Panjang keseluruhan Terusan Besar China adalah 1,776 km (1,103 batu). Puncak tertingginya adalah di pergunungan Shandong, pada paras 42 m (138 kaki).[2] Kapal-kapal di dalam Terusan Besar China tiada masalah untuk mencapai aras yang lebih tinggi selepas kunci paun diperkenalkan pada kurun ke-10 (semasa pemerintahan dinasti Song).[3] Saiz dan kehebatan terusan ini dikagumi oleh ramai orang sepanjang masa, termasuk sami Jepun, Ennin (794–864), sejarawan Parsi Rashid al-Din (1247–1318), pegawai Korea Choe Bu (1454–1504) dan mubaligh Itali Matteo Ricci (1552–1610).[4][5]

Dari segi sejarahnya, banjir yang terjadi di Sungai Kuning bersebelahan mengancam keselamatan dan fungsi terusan ini. Semasa perang, daik-daik tinggi di Sungai Kuning dipecahkan bagi membanjirkan pasukan tentera musuh yang sedang mara. Kejadian ini menyebabkan malapetaka dan kesusuhan ekonomi yang berpanjangan. Meskipun dipinggirkan dan tidak digunakan untuk masa yang singkat, Terusan Besar China membantu membangunkan pasaran ekonomi di pusat bandar China sepanjang zaman sejak zaman dinasti Sui.

  1. ^ Hutchinson's Encyclopedia, Encarta. Archived 2009-10-31.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama needham volume 4 part 3 307
  3. ^ Needham, Volume 4, Part 3, 350–352
  4. ^ Needham, Volume 4, Part 3, 308 & 313.
  5. ^ Brook, 40–51.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy