Thomas Hobbes

Thomas Hobbes
Lahir(1588-04-05)5 April 1588
Westport berdekatan Malmesbury, Wiltshire, England
Meninggal dunia4 Disember 1679(1679-12-04) (umur 91)
Derbyshire, England
Zamanfalsafah abad ke-17
AliranKontrak sosial, realisme klasik, empirikisme, determinisme, materialisme, egoisme beretika
Minat utamaFalsafah politik, sejarah, etika, geometri
Idea pentingPengasas moden tradisi kontrak sosial
Alma materMagdalen Hall, Oxford
Mempengaruhi

Thomas Hobbes ([hɒbz]; 5 April 1588 – 4 Julai 1679), atau dalam beberapa catatan lamanya Thomas Hobbes dari Malmesbury,[a] ialah seorang filsuf Inggeris yang dianggap sebagai salah satu pengasas falsafah politik moden.[1][2] Hobbes begitu dikenali atas karyanya tahun 1651 bernama Leviathan yang menubuhkan teori kontrak sosial yang telah disampaikan sebagai asas kepada falsafah politik Barat yang paling terkemudian.[3] Selain falsafah politik, Hobbes juga telah menyumbang kepada pelbagai bidang-bidang lain termasuk sejarah, perundangan, geometri, fizik gas, teologi, etika, dan falsafah umum.

Walaupun Hobbes dengan rasionalnya memihak kuat kepada faham kemutlakan pemerintah, Hobbes juga mengembangkan beberapa asas pemikiran liberalisme Eropah: hak individu; kesamaan semula jadi semua manusia; sifat buatan perintah politik (yang membawa kemudiannya kepada perbezaan antara masyarakat awam dan negeri); pandangan bahawa semua kuasa politik yang sah mesti "berwakil" dan berdasarkan persetujuan orang ramai; dan satu tafisran bebas terhadap undang-undang yang meninggalkan orang-orang bebas untuk melakukan apa sahaja yang tidak jelas dilarang oleh undang-undang.[4] Pemahamannya mengenai manusia sebagai jisim dan gerakan yang mematuhi undang-undang fizikal yang sama seperti jisim dan gerakan yang lain kekal berpengaruh; danpendapatnya mengenai naluri manusia sebagai suatu kerjasama berkepentingan diri, dan komuniti politik berdasarkan "kontrak sosial"  menjadi salah satu topik utama falsafah politik.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan

  1. ^ "Hobbes: Moral and Political Philosophy". UTM.
  2. ^ Sheldon, Dr. Garrett W. The History of Political Theory: Ancient Greece to Modern America.
  3. ^ "Hobbes's Moral and Political Philosophy". Stanford Encyclopedia of Philosophy. Dicapai pada 11 March 2009.CS1 maint: ref=harv (link)
  4. ^ Manent, Pierre (1994), An Intellectual History of Liberalism, m/s. 20–38.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy