Tibet

Rantau Tibet kebudayaan/bersejarah (diwarnai) yang digambarkan dengan pelbagai tuntutan wilayah yang bersaing sesama sendiri.
            Tibet bersejarah seperti yang dituntut golongan buangan Tibet
Kawasan-kawasan di Tibet yang ditetapkan PRC
Kawasan Autonomi Tibet (penguasaan sebenar)
Dituntut oleh India sebagai sebahagian Aksai Chin
Dituntut oleh PRC sebagai sebahagian Kawasan Autonomi Tibet
Kawasan-kawasan lain dalam lingkungan kebudayaan Tibet menurut sejarah

Tibet ialah sebuah kawasan penara di Asia Tengah dan petempatan asli bagi orang Tibet. Dengan ketinggian purata sebanyak 4,900 meter (16,000 kaki), Tibet merupakan rantau yang tertinggi di Bumi dan sering bergelar "Bumbung Dunia."

Kini, Tibet dikuasai Republik Rakyat China (PRC) (dan sebahagian kecilnya, bergantung kepada definasi, juga dikuasai India). Sebagai sebuah mandat eksklusif, Tibet juga secara rasminya dituntut Republik China (Taiwan). Dalam perdebatan kedaulatan Tibet, kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Tibet Dalam Buangan tidak bersepakat mengenai bila Tibet menjadi sebahagian China, dan sama ada penggabungannya dengan China ini sah mengikut undang-undang antarabangsa.

Raja Songtsän Gampo menyatukan berbilang bahagian di rantau ini pada abad ke-7. Sejak awal 1600-an, Dalai Lama yang sering dikenali sebagai pemimpin kerohanian rantau ini[1], dipercayai merupakan kedatangan Avalokiteśvara ("Chenrezig" [spyan ras gzigs] dalam bahasa Tibet), iaitu bodhisattva belas kasihan.

Sejak abad ke-17 hingga tahun 1959, Dalai Lama dan pemangku-pemangku mereka merupakan kuasa politik utama yang menguasai hal keagamaan dan pentadbiran[1] Tibet dari pusat kerajaan tradisinya Lhasa, yang dianggap sebagai bandaraya paling suci di Tibet.

  1. ^ a b The historical status of the Dalai Lamas as actual rulers is disputed. A. Tom Grunfeld's The Making of Modern Tibet, p. 12: "Given the low life expectancy in Tibet it was not uncommon for incarnations to die before, or soon after, their ascendancy to power. This resulted in long periods of rule by advisers, or, in the ease of Dalai Lama, regents. As a measure of the power that regents must have wielded it is important to note that only three of the fourteen Dalai Lamas have actually ruled Tibet. From 1751 to 1960 regents ruled for 77 percent of the time"

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy