Tugu Peringatan Pentagon

Gambaran Tugu Peringatan Pentagon

Tugu Peringatan Pentagon (bahasa Inggeris: Pentagon Memorial), yang terletak dekat sahaja di barat daya bangunan Pentagon di Kaunti Arlington, Virginia, ialah sebuah tugu peringatan tetap di yang didirikan untuk memperingati 184 orang mangsa yang terbunuh dalam bangunan itu dan juga pesawat Penerbangan 77 American Airlines (kecuali perampas) pada serangan 11 September 2001[1].

Direka bentuk oleh Julie Beckman dan Keith Kaseman daripada firma reka bina Kaseman Beckman Advanced Strategies[2] bersama jurutera Buro Happold[3], tugu ini dibuka kepada umum pada 11 September 2008. Tugu Peringatan ini dibuka tujuh hari seminggu sepanjang tahun. Agensi Perkhidmatan Taman Negara mengharapkan tugu itu menarik seramai 2 juta orang setahun. Tugu ini dilindungi oleh Polis Pentagon Amerika Syarikat.

  1. ^ "Pentagon Memorial Project Schedule". Pentagon Renovation Program. Dicapai pada 2006-10-12.
  2. ^ Miroff, Nick (2008-09-11). ""Creating a Place Like No Other"". The Washington Post. The Washington Post Company. Dicapai pada 2008-09-11. [pautan mati]
  3. ^ "Pentagon Memorial". Dicapai pada 2010-09-12.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy