Tulisan Jawa

"Wikipedia" dalam tulisan Jawa

Tulisan Jawa (juga dikenali sebagai huruf Jawa, hanacaraka atau abjad Jawa; Jawa: Aksara Jawa) ialah satu sistem tulisan abjad suku kata yang digunakan oleh orang Jawa untuk menulis dalam bahasa Jawa. Ia juga digunakan di Bali, Sunda, dan Madura. Bahkan ditemukan pula surat-surat dalam bahasa Melayu yang menggunakan tulisan Hanacaraka. Tulisan ini berasal daripada tulisan kawi yang mempunyai asal-usul dari tulisan Brahmi di India.

Hanacaraka dinamakan sedemikian kerana lima huruf pertamanya membentuk sebutan "ha-na-ca-ra-ka". Hanacaraka juga boleh merujuk kepada kelompok sistem tulisan yang berkait rapat dengan tulisan Jawa dan menggunakan susunan abjad yang sama, iaitu tulisan Jawa sendiri, tulisan Bali dan tulisan Sunda.

Tulisan Jawa muncul pada sekitar kurun ke-9. Namun begitu, penggunaannya dihentikan pada tahun 1942 ketika Jepun menyerbu Jawa dan digantikan dengan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi Republik Indonesia.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy