V-1 (bom terbang)

Bom terbang V-1
Fieseler Fi 103
Flakzielgerät 76 (FZG-76)
JenisPeluru berpandu
Tempat asalJerman Nazi
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1944–1945
Digunakan olehLuftwaffe
PerangPerang Dunia II
Sejarah pengeluaran
PerekaRobert Lusser
PengeluarFieseler
Kos unit5,090 RM[1]
Spesifikasi
Berat2,150 kg (4,740 lb)
Panjang8.32 m (27.3 ka)
Lebar5.37 m (17.6 ka)
Tinggi1.42 m (4 ka 8 in)

WarheadAmatol-39
Warhead weight850 kg (1,870 lb)

EnjinDenyutan jet Argus As 109-014
Jarak
operasi
250 km (160 bt)[2]
Kelajuan640 km/j (400 mph) terbang antara 600 hingga 900 m (2,000 hingga 3,000 ka)
Sistem
pemanduan
Kawalan automatik berasaskan girokompas

Peluru berpandu V-1 atau bom terbang V-1 (Jerman: Vergeltungswaffe 1 "Senjata Balas Dendam 1"[a])—juga dikenali oleh pihak Bersekutu sebagai bom buzz, atau doodlebug,[3][b] dan di Jerman sebagai Kirschkern (cherrystone) atau Maikäfer (maybug)[5]—merupakan sebuah peluru berpandu krus terawal dan pesawat pengeluaran pertama yang menggunakan enjin denyutan jet (pulsejet).

Senjata V-1 telah dibangunkan di Pusat Penyelidikan Tentera Darat Peenemünde oleh Luftwaffe Jerman Nazi ketika Perang Dunia II. Semasa pembangunan awal ia dikenali dengan nama kod "Cherry Stone". Siri pertama "Senjata balas dendam" (Senjata-V atau Vergeltungswaffen) direka untuk pengeboman ganas ke atas London — disebabkan jaraknya yang terhad, ribuan misil V-1 yang dilancarkan ke England telah dilepaskan daripada tapak pelancaran disepanjang pantai (Pas-de-Calais) Perancis dan Belanda. V-1 yang pertama telah dilancarkan ke London pada 13 Jun 1944[6]), seminggu selepas (dan didorong oleh) kejayaan pendaratan tentera Bersekutu di Eropah. Pada kemuncaknya, lebih kurang seratus buah V-1 dilancarkan sehari ke tenggara England, 9,521 jumlah keseluruhannya, bilangan berkurangan setelah tapaknya ditawan sehingga bulan Oktober 1944, apabila tapak terakhir V-1 dalam lingkungan Britain telah ditawan oleh tentera Bersekutu. Selepas ini, senjata V-1 dihalakan ke pelabuhan Antwerp dan sasaran lain di Belgium, dengan 2,448 buah V-1 telah dilancarkan. Serangan tersebut terhenti hanya sebulan sebelum perang di Eropah tamat, apabila tapak pelancaran terakhir di Negeri-Negeri Pamah ditawan pada 29 Mac 1945.

Pihak British mengendalikan aturan pertahanan udara, termasuk meriam anti pesawat dan pesawat pejuang, untuk memintas bom-bom tersebut sebelum ia menghampiri sasaran mereka sebagai sebahagian daripada Operasi Crossbow, manakala tapak pelancaran dan depot simpanan V-1 bawah tanah menjadi sasaran pengeboman strategik.[7]

  1. ^ Zaloga 2005, m/s. 11.
  2. ^ Werrell 1985, m/s. 53.
  3. ^ a b Vanek 1999, m/s. 81.
  4. ^ Lloyd & Hall 1997, m/s. 222.
  5. ^ Christopher, John. The Race for Hitler's X-Planes (The Mill, Gloucestershire: History Press, 2013), p.108.
  6. ^ War & peace and the price of cat-fish Diarkibkan 2017-07-07 di Wayback Machine (Contemporary diary.)
  7. ^ "American Sub Rescues Airmen". Universal Newsreel. 1944. Dicapai pada 21 February 2012.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy