Wernher von Braun

Wernher von Braun
Von Braun pada tahun 1960
Kelahiran
Wernher Magnus Maximilian, Freiherr von Braun

(1912-03-23)23 Mac 1912
Meninggal dunia16 Jun 1977(1977-06-16) (umur 65)
DikebumikanAlexandria
WarganegaraJerman, Amerika
KerakyatanJerman
Amerika Syarikat (selepas 1955)
Pusat pendidikanUniversiti Teknikal Berlin
PekerjaanJurutera roket dan pereka, pengurus projek aeroangkasa
PasanganMaria Luise von Quistorp (k. 1947–1977)
Anak-anakIris Careen von Braun
Margrit Cecile von Braun
Peter Constantine von Braun
Ibu bapaMagnus von Braun (1878–1972)
Emmy von Quistorp (1886–1959)
AnugerahElliott Cresson Medal (1962)
Wilhelm Exner Medal (1969)[1]
National Medal of Science (1975)
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan Jerman Nazi
Perkhidmatan SS
Tahun perkhidmatan1937–45
Pangkat SS-Sturmbannführer (Mejar)
AnugerahKnight Cross of the War Merit Cross berserta Pedang (1944)
War Merit Cross, Kelas Pertama berserta Pedang (1943)
Tugas lainJurutera roket, NASA, Ketua Arkitek roket Saturn V yang mengendalikan misi Apollo ke bulan, pengurus program kejuruteraan
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "religion"

Wernher Magnus Maximilian Freiherr von Braun (23 Mac 1912 – 16 Jun 1977) adalah seorang rakyat Jerman, kemudian Amerika, merupakan jurutera aeroangkasa[2] dan arkitek angkasa yang dipuji dengan mencipta Roket V-2 untuk Jerman Nazi dan Saturn V untuk Amerika Syarikat.[3][4] Beliau merupakan salah seorang tokoh terkemuka dalam pembangunan teknologi roket di Jerman Nazi, dan merupakan seorang ahli Parti Nazi serta anggota SS.

Selepas Perang Dunia II, beliau berpindah ke Amerika Syarikat, bersama dengan hampir 1,500 saintis, jurutera, dan juruteknik lain, sebagai sebahagian daripada Operasi Paperclip, dimana beliau membangunkan roket-roket yang melancarkan satelit angkasa Explorer 1 pertama Amerika Syarikat, dan pendaratan manusia di bulan dalam Program Apollo.

Pada usia dua puluhan dan awal tiga puluhan, von Braun bekerja dalam program pembangunan roket Jerman, dimana beliau membantu mereka bentuk dan membangunkan roket V-2 di Peenemünde semasa Perang Dunia II. Selepas perang, von Braun bekerja untuk Tentera Darat Amerika Syarikat dalam program peluru berpandu balistik jarak pertengahan (IRBM) sebelum kumpulannya diserapkan kedalam NASA. Dibawah NASA, beliau bertugas sebagai pengarah Marshall Space Flight Center yang baru dibentuk dan sebagai ketua arkitek kenderaan pelancaran Saturn V, superbooster yang mendorong pesawat angkasa Apollo ke bulan.[5] Pada tahun 1975, beliau menerima pingat National Medal of Science. Beliau terus berkeras dengan misi manusia ke planet Marikh disepanjang hidupnya.

  1. ^ Editor, ÖGV. (2015). Wilhelm Exner Medal. Austrian Trade Association. ÖGV. Austria.
  2. ^ Neufeld, Michael. Von Braun: Dreamer of Space, Engineer of War (ed. First). Vintage Books. m/s. xv. Although Wernher von Braun got a doctorate in physics in 1934, he never worked a day in his life thereafter as a scientist. He was an engineer and a manager of engineers, and he used that vocabulary when he was talking to his professional peers.
  3. ^ Werner von Braun: History's Most Controversial Figure?, Al Jazeera
  4. ^ "SP-4206 Stages to Saturn, Chapter 9". history.nasa.gov. Dicapai pada March 8, 2015.
  5. ^ "Biography of Wernher von Braun". MSFC History Office. NASA Marshall Space Flight Center. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-22. Dicapai pada 2016-12-31.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy