Wings (kumpulan muzik Malaysia)

Wings
Wings.
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
  • Blackjack (1984–1985)
  • Wings & Superfriends (1994–1995, 2017–2018)
Berasal dariKuala Lumpur Kuala Lumpur, Malaysia Malaysia
GenreHard rock, blues rock, rock kapak, heavy metal, glam metal, pop metal
PekerjaanPenyanyi/Pemuzik
InstrumenVokal/Band
Tahun aktif1985–kini
Syarikat rakaman
ASP (1987–1988)
BMG (1988–2002)
KRU Music (2014)
Pengkarya berkait
Awie, M. Nasir, Loloq, Search, J.S. Kevin, Bob Lokman, S. Amin Shahab
Laman sesawang
http://www.instagram.com/opera.wings
Ahli(Awie) Vokal
Eddiemasterpiece wings(Ketua kumpulan) - Bass
Black - Dram
Edrie Hashim - Gitar
Syam - Gitar
Bekas ahliMel - Vokal
Mus - Vokal
Joe - Gitar Utama
Jojet - Dram
Tham Wing Kwan - Gitar Utama[1]

Wings (sebelum ini bernama Blackjack) merupakan sebuah kumpulan muzik rock Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1985 di Kuala Lumpur, Malaysia. Semasa penubuhannya, kumpulan ini dianggotai oleh lima anggota asal yang terdiri dari Awie (Penyanyi), Syam (Gitar Utama), Baharom (Gitar Irama), Ipin (Gitar Bass) dan Jojet (Drum). Namun jumlah anggota Wings telah berubah dengan menjadikan empat orang barisan baharu setelah beberapa anggota bersilih ganti. Awie, Joe, Eddie dan Black adalah anggota yang telah mengambil jangka masa yang lama untuk menganggotai kumpulan ini termasuk juga menikmati segala kegemilangan yang belum ada lagi artis berkumpulan seperti Wings. Eddie yang memulakan kariernya sebelum menjadi artis menyertai kumpulan Blackjack dan seterusnya mereka menukar nama kepada menubuhkan nama Wings dan Eddie menjadi artis kumpulan Wings. Sejak jenama kumpulan Wings diwujudkan, Eddie adalah satu-satu anggota tertua Wings paling setia dan tidak pernah keluar dari kumpulan tersebut berbanding anggota-anggota Wings yang lain.

Pada bulan 31 Oktober 2015, sempena ulang tahun penubuhan kumpulan Wings ke-30, Wings telah mengadakan konsert bersejarah berskala besar yang bertemakan 'Konsert Wings 30 tahun' di Stadium Merdeka Kuala Lumpur yang berjaya memukau lebih 20 ribu orang penonton.

Sehingga kini kumpulan Wings telah menerbitkan sebanyak sebelas buah album studio tidak termasuk album khas, kompilasi, konsert dan album studio bersama Search. Hampir kesemua album Wings berjaya mencapai jualan ke tahap Anugerah Platinum, Anugerah Double Platinum, Anugerah Tripple Platinum dan sehingga ke Anugerah Quadraple Platinum. Album studio Wings ke-11, Menakluk Kosmos (2014) telah terjual sebanyak 10,000 unit. Wings turut tidak ketinggalan untuk menceburi dalam industri perfileman yang telah pun muncul sebanyak enam buah filem dan antaranya ialah Pemburu Bayang (1993) dan Leftwings (2012).

Kini anggota Wings hanya menjadi tiga orang iaitu Awie, Eddie dan Black selepas pemain gitar utamanya, Joe meninggalkan kumpulan ini pada penghujung tahun 2016 berikutan masalah dalaman yang dihadapinya setelah 28 tahun beliau mengharungi suka duka bersama Wings. Ini menjadikan Eddie sebagai pengasas dan satu-satunya anggota paling setia lama bertahan di dalam Wings kerana sebelum ini Awie, Syam dan Black pernah keluar dari kumpulan tersebut satu ketika dahulu. Awie meninggalkan Wings setelah album "Bazooka Penaka" (1993), Syam selepas album pertama "Belenggu Irama" (1987) dan Black selepas album "Teori Domino" (1990).

Sesudah Joe meninggalkan kumpulan ini pada penghujung tahun 2016, Wings menggunakan nama Wings & Superfriends seketika.[2] Ini berikutan Wings bersetuju untuk memerlukan dua khidmat pemain gitar utama yang berpengalaman iaitu Syam yang juga merupakan anggota asal Wings dan Edrie Hashim (Bekas anggota Kumpulan Chapters) sebagai pemuzik undangan yang di beri gelaran Superfriends untuk menggantikan tempat Joe. Pada tahun 2018 Syam dan Edrie sah menyertai Wings setelah Awie, Eddie dan Black bersetuju untuk menjadikan 5 orang anggota kumpulan Wings. Nama Wings & Superfriends tidak digunakan lagi. Kini Wings dianggotai oleh Awie (Penyanyi), Syam (Gitar Utama), Edrie (Gitar Utama), Eddie (Gitar Bass) dan Black (Dram).

  1. ^ [📸 Look at this post on Facebook https://www.facebook.com/share/diQFo1XZe78aeVcQ/?mibextid=K35XfP THAM WING KWAN - "ENIGMA MAT ROCK CINA"]
  2. ^ Konsert Wings & Superfriends terbaik!

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy