Xiao'erjing ditulis dari kanan ke kiri, seperti mana abjad-abjad berasaskan Arab yang lain. Sistem tulisan Xiao'erjing serupa dengan sistem tulisanbahasa Uyghur kini yang mana semua bunyi vokal sentiasa bertanda, berbanding dengan amalan menggugurkan tanda vokal di kebanyakan bahasa yang memakai tulisan berasaskan Arab (seperti bahasa Arab, Parsi, dan Urdu), mungkin disebabkan keamatan kepentingan bunyi vokal dalam suku kata Cina.