Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | |
---|---|
Wilayah/Negeri | |
Penjawat kini | |
Tuanku Muhriz sejak 29 Disember 2008 | |
Ditabalkan dan dipilih oleh Yang Teramat Mulia Undang yang Empat pada 26 Oktober 2009 | |
Butiran | |
Gelaran | Duli Yang Maha Mulia |
Penyandang pertama | Raja Mahmud ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil (Raja Melewar) dari Pagar Ruyung |
Pembentukan | 1773 |
Persemayaman | Istana Besar Seri Menanti, Seri Menanti |
Laman sesawang | www |
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atau Yamtuan Besar Negeri Sembilan adalah raja bagi Negeri Sembilan bersama Undang Yang Empat mengikut sistem raja berperlembagaan moden negeri berkenaan sejak tahun 1898. Sebelum itu, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dikenali sebagai Yang di-Pertuan Besar Seri Menanti dan menjadi raja di lingkungan Tanah Mengandung yang meliputi Seri Menanti iaitu Ineh, Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol di Negeri Sembilan.