Zoo Negara

Zoo Negara
Arca di pintu masuk Zoo Negara.
Tarikh dibuka14 Januari 1930 (1930-01-14)[1]
LokasiUlu Klang, Gombak, Selangor, Malaysia
Koordinat3°12′35″N 101°45′28″E / 3.20972°N 101.75778°E / 3.20972; 101.75778Koordinat: 3°12′35″N 101°45′28″E / 3.20972°N 101.75778°E / 3.20972; 101.75778
Kawasan tanah110 ekar (45 he)[2]
No. haiwan5137[2]
No. spesies459[2]
Pelawat tahunan>1,000,000
KeahlianISO 9001:2008,[3] SEAZA [4]
Pameran utama16 pameran utama
PemilikPersatuan Zoologi Malaysia[5]
Laman sesawangwww.zoonegara.org.my/index.htm

Zoo Negara Malaysia (disingkatkan sebagai Zoo Negara) ialah sebuah zoo negara yang pertama di Malaysia dan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memainkan peranan utama dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi. Ia mula dirasmikan pada tahun 1930 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.[6] Zoo Negara bermula dengan koleksi induknya yang kini telah berkembang sehingga 459 spesies hidupan liar. Zoo yang dihuni kira-kira 5000 haiwan ini telah mengalami banyak transformasi dengan konsep pameran secara terbuka untuk keselesaan haiwan dan juga para pengunjung.

Ia terletak di Ulu Klang di timur laut Kuala Lumpur. Ia ditadbir oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Zoologikal Malaysia yang ditubuhkan bagi mentadbir zoo pertama Malaysia. Zoo Negara ditubuhkan pada 14 Januari 1930 dan pada 2006 mempunyai sekitar 4,000 jenis haiwan dari 400 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Pada tahun 2007, Zoo Negara menerima sijil MS ISO 9001:2000. Zoo Negara merangkumi keluasan 110 ekar tanah yang terletak hanya sekitar 5 km dari bandar Kuala Lumpur. Zoo Negara kini mempamerkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya.

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama zoo_history
  2. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama zoo_about
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama zoo_iso_2008
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama seaza_members
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Star
  6. ^ "Zoo Negara". Tourism Malaysia. Dicapai pada 25 Mei 2014.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy