Matagi

Matagi dengan seekor beruang yang dibunuh, pada tahun 1966 di Kamikoani, Akita

Matagi (マタギ, atau dalam kanji 又鬼) ialah kumpulan pemburu musim sejuk tradisional di wilayah Tōhoku, bahagian utara Jepun. Kawasan ini sekarang dikenali hari ini dengan kawasan Ani di Prefektur Akita, yang terkenal dengan baka anjing Akita. Budaya Matagi ini tersebar ke hutan Shirakami-Sanchi antara Akita dan Aomori, dan kawasan lain di Jepun. Kumpulan Matagi didokumentasikan sebagai kumpulan khusus dari zaman pertengahan dan seterusnya, sebagai sebuah suku kaum yang terus memburu rusa dan beruang sehingga ke hari ini, dan budaya mereka mempunyai banyak persamaan dengan penyembahan beruang orang Ainu .

Dengan pengenalan senjata api moden pada abad ke-19, dan kebangkitan pembuatan senapang untuk pasaran domestik (bermula dengan penghasilan senapang Murata), keperluan untuk memburu beruang secara berkumpulan telah berkurangan. Kumpulan Matagi selalunya memburu di dalam berkumpulan dan dengan kekurangan keperluan untuk aktiviti memburu secara berkumpulan telah membawa kepada penurunan dalam budaya Matagi.

Dusun Matagi terletak di beberapa daerah seperti Nishitsugaru dan Nakatsugaru (Wilayah Aomori), Kitaakita dan Senboku (Wilayah Akita), Waga (Wilayah Iwate), Nishiokitama dan Tsuruoka (Wilayah Yamagata), Murakami dan Nakauonuma (Wilayah Niigata dan Wilayah Nagano).


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy